PENYANYI Syafiq Farhain berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Alia Nadia, 29, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada pukul 10.49 pagi Selasa. Bayi perempuan seberat 2.95 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu. Kata Syafiq atau Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, selain teruja dan gembira dia juga lega segala urusan dipermudahkan kerana isterinya bersalin seminggu lewat dari tarikh jangkaan. Syafiq sempat jalani penggambaran MV sebelum isteri bersalin. "Sepatutnya dia bersalin 29 Mei lalu. Saya pun sudah ambil cuti awal supaya dapat menemani dia. Kalau isteri masih juga belum bersalin hari ini, memang saya terpaksa pulang dahulu ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja. "Syukur segalanya dipermudahkan. Saya sendiri dapat melihat proses isteri bersalin. Melihat wajah anak buat pertama kali, saya senyum sendiri sebelum sempat nak azankan," katanya ketika dihubungi mStar. Tambah Syafiq sehari sebelum bersalin, isterinya itu sempat mengikut dia menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya yang dilakukan di sana. ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Farhain bakal bergelar bapa, isteri sedang hamil 5 bulan ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa kahwin senyap-senyap, Syafiq Farhain malas layan gosip... Belum sedia kongsi hal peribadi Menurut Syafiq, isterinya juga turut meminta mahu mengambil epidural bagi menahan rasa sakit namun tidak dibenarkan oleh doktor. "Sekitar pukul 9 malam (Isnin) dia sudah mula rasa sakit. Ketika itu saya masih sedang jalani penggambaran. Kemudian apabila pulang ke rumah dia sekali lagi mengadu sakit pada pukul 3 pagi dan mula tidak boleh tidur. Melihat wajah anak buat pertama kali, saya senyum sendiri sebelum sempat nak azankan SYAFIQ FARHAIN PENYANYI "Apabila tiba di hospital, isteri terus dibawa ke bilik bersalin. Tidak lama selepas saya lakukan urusan pendaftaran doktor beritahu bukaan telah 8 sentimeter, jadi memang tidak boleh guna epidural," ujarnya. Bercakap lanjut, Syafiq dan isteri telah menyenaraikan beberapa nama untuk anaknya itu namun masih belum ditetapkan. Syafiq tidak mahu terlalu berkongsi wajah anaknya. Dia juga enggan terlalu berkongsi gambar anaknya itu di sosial media kerana menganggap kisah keluarga adalah terlalu peribadi. "Sama juga seperti sebelum ini saya memang jarang berkongsi kisah peribadi di sosial media. Tetapi tidak tahu mungkin satu hari nanti datang perasaan teruja dah jadi bapa," jelasnya. Untuk rekod Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!