suria

‘Ucop Wilcha’ tolak tawaran bayar murah, tak mahu nampak bodoh merungut selepas setuju terima job

Syed tidak akan berkompromi dengan produksi yang cuba mengambil kesempatan.

PELAKON Syed Mohamad Asri enggan menerima tawaran lakonan yang memberikan harga terlalu rendah berbanding pengalamannya dalam dunia seni.

Kata Syed, 58, atau lebih popular dengan panggilan Usop Wilcha, isu bayaran murah kepada pelakon veteran juga tidak akan timbul sekiranya seseorang itu mengetahui mengenai hak mereka.

"Bagi saya mudah sahaja... kalau ada produksi yang tawarkan harga rendah saya akan terus tolak. Itu hak saya sebagai seorang pelakon.

usop wilcha 3

Syed bertegas dalam tawaran harga berlakon.

"Saya tidak nafikan ada sesetengah produksi yang ambil kesempatan terhadap pelakon lama ini. Mereka tidak menilai dengan baik dan memberikan harga rendah. Jadi kalau berlaku perkara begitu lebih baik saya tolak awal," katanya.

Syed ditemui ketika majlis tayangan filem terbaru lakonannya berjudul Kau Pilih Siapa? yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selesa.

Tambah pelakon ini, sebagai seorang anak seni yang mempunyai pengalaman luas, isu bayaran rendah seperti ini tidak perlu dihebahkan kerana setiap pelakon itu sendiri yang sudah setuju dengan sesebuah tawaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Projek OTT bayaran paling tinggi pernah diterima, Faizal Hussein rela tolak berlakon filem

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu harga saya... You nak ambil!” - Syanie tegas soal bayaran, tak adil pelakon veteran kena ikut jumlah ‘followers’

Dia juga enggan dilihat kurang bijak bercerita mengenai perkara itu sedangkan keputusan yang dibuat untuk terlibat dalam sesebuah produksi adalah atas pilihan sendiri.

"Tak perlulah nak luahkan kepada orang ramai tentang isu ini. Sebagai pelakon kita sudah sign kontrak dan itu bermakna telah ada persetujuan dengan harga. Lebih baik tidak banyak bercakap selepas membuat keputusan sendiri.

Kalau ada produksi yang tawarkan harga rendah saya akan terus tolak. Itu hak saya sebagai seorang pelakon

SYED MOHAMAD ASRI

PELAKON

"Apabila sudah menerima tawaran, itu menjadi satu tanggungjawab buat pelakon. Saya tidak mahu tunjuk kebodohan diri sendiri dengan banyak merungut selepas sign kontrak," ujar.

Bercakap mengenai filem terbaharu lakonanya berjudul Kau Pilih Siapa?, Syed memberitahu watak kali ini mencabar dirinya kerana lebih banyak bermain dengan emosi meskipun ia sebuah naskah komedi.

usop wilcha 1

Barisan pelakon Kau Pilih Siapa? bersama pengarah.

"Watak saya dalam filem ini adalah seorang lelaki yang banyak masalah. Jadi saya tidak boleh buat lawak dan itu menjadi satu cabaran buat saya di lokasi.

"Ketika penggambaran saya banyak berkongsi idea dengan pelakon-pelakon lain untuk mewujudkan adegan komedi itu supaya dapat menghiburkan penonton," ujarnya.

Filem arahan Datuk Athy dan Saifullah Khaisas ini bakal memulakan tayangan pada Khamis, 8 Jun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain