suria

Berlakon sambil fokus belajar, pengorbanan Fariz Isqandar terbayar dapat 4A SPM

Fariz bersyukur mendapat keputusan SPM cemerlang meskipun tidak mencapai sasaran dibuat.

PELAKON Fariz Isqandar meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapat empat A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada pagi Khamis.

Faris atau Muhammad Fariz Isqandar Zulkifli, 18, berkata, dia pada awalnya mensasarkan mendapat lapan A pada peperiksaan itu bagaimanapun tetap bersyukur dan berpuas hati dengan keputusan diperolehnya kerana sudah melakukan yang terbaik.

"Alhamdulillah semuanya baik dan saya gembira dengan keputusan yang saya dapat.

"Saya dapat 4A, 4B dan 1C... Sebenarnya saya tak jangka dapat keputusan ini sebab target saya 8A. Tapi Allah kata lagi empat itu B pun saya dah bersyukur," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

fariz1 - 1

Fariz pasang impian bergelar pensyarah.

Dalam pada itu, Fariz memberitahu ibu bapanya terkejut dengan pencapaiannya itu apabila dimaklumkan mengenai keputusan yang diterima.

Kata Fariz, ibu bapanya adalah bukti yang melihat dia berhempas pulas membuat persiapan menghadapi SPM meskipun sibuk dengan aktiviti lakonan.

"Mama dan papa terkejut dengan keputusan yang saya peroleh itu. Mereka gembira dengan keputusan itu walaupun saya sibuk berlakon sebab saya tidak abaikan pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Fariz Isqandar enggan hanya dikenali dengan watak Yoyol 'Budak Tebing' - “Fasa baharu untuk saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Beauty with brain! Anak Fadhlina Sidek mengalirkan air mata raih 9A SPM

"Saya buat dua kerja dalam satu masa tapi masih lagi dapat keputusan membanggakan mereka. Saya pun bahagia bila dapat buat mereka gembira," ujarnya.

Berkongsi perancangan masa depan, Fariz berkata, buat sementara ini dia akan memberi fokus kepada bidang lakonan sementara menanti peluang melanjutkan pelajaran di universiti.

Kata pelakon drama Budak Tebing ini, dia berhasrat untuk bergelar seorang pensyarah suatu hari nanti.

"Saya minat mengajar dan Insya Allah kalau ada rezeki, saya akan sambung dalam bidang bersesuaian dengan minat saya.

"Tapi pada masa sama saya akan tetap berlakon dan buka perniagaan sendiri jika ada peluang," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain