suria

Fariz Isqandar enggan hanya dikenali dengan watak Yoyol 'Budak Tebing' - “Fasa baharu untuk saya”

Fariz bangga berjaya bawa watak Yoyol sehingga namanya kini dikenali.

PELAKON baharu Fariz Isqandar berasa bangga apabila berjaya membawa watak sebagai Yoyol menerusi drama popular Budak Tebing sehingga dirinya dikenali.

Menurut Fariz atau nama sebenarnya Muhamad Fariz Isqandar Zulkifli, 15, biarpun lebih dikenali menerusi watak tersebut namun dia berharap diberi kepercayaan dalam mencuba watak-watak lain.

"Sebenarnya perasaan bangga itu ada sebab saya berjaya watak Yoyol dan ramai orang suka watak itu serta drama tersebut.

"Fasa baharu untuk saya memandangkan ini kali pertama orang kenal saya walaupun sebenarnya saya mula berlakon sejak kecil lagi tapi baru sekarang orang kenal.

"Nama Yoyol itu memang dah dikenali disebabkan drama tersebut. Tapi kalau boleh saya nak kembangkan nama Fariz bukan Yoyol sebab drama Budak Tebing pun dah habis," katanya kepada mStar.



Barisan pelakon drama Budak Tebing.

Fariz ditemui ketika sesi rakaman program bersama mStar di Menara Star, Petaling Jaya pada Ahad.

Selain Fariz, drama yang ditayangkan pada 11 Mac hingga 4 April lalu itu turut dibintangi oleh Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana dan Bella Dowanna.

Dalam pada itu, Fariz mengakui dia berasa sedih apabila mengetahui Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak dapat diteruskan akibat penularan wabak Covid-19.

Kata Fariz, biarpun sekolah tidak dibuka namun dia perlu menghasilkan folio seni sehingga pernah tidak tidur beberapa hari pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Masa awal PKP, ada banyak kerja saya perlu siapkan sehingga tak tidur beberapa hari.

FARIZ ISQANDAR

PELAKON

"Perasaan bila tak ada PPT3 sedih juga. Saya sekolah seni, jadi kerja kesenian itu masih dilakukan di rumah tapi pendidikan sahaja tak ada.

"Saya perlu menghasilkan beberapa folio seni di rumah. Masa awal PKP, ada banyak kerja saya perlu siapkan sehingga tak tidur beberapa hari.

"Sebenarnya PKP ini membuatkan perasaan saya bercampur-baur, best sebab cuti sekolah tapi tak best sebab tetap kena siapkan kerja seni," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain