suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beauty with brain! Anak Fadhlina Sidek mengalirkan air mata raih 9A SPM

Fadhlina memeluk anak perempuannya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli yang meraih 9A SPM.

HARI ini pasti menjadi hari yang tidak dapat dilakukan bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menjengah portal berita serta perkongsian di laman sosial, dapat dilihat wajah-wajah gembira pelajar di samping ibu bapa masing-masing selepas menerima keputusan di sekolah.

Antara yang mencuri tumpuan adalah kelibat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang hadir di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pagi Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Wang bantuan persekolahan RM109,000 ‘lesap’ dari kereta pengetua, sah ada pelanggaran SOP - Fadhlina

Kehadiran Fadhlina adalah bagi menemani anak perempuannya, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, yang merupakan salah seorang daripada ribuan pelajar yang mengambil keputusan SPM di sekolah berkenaan.

FADHLINA 1

Fadhlina dan suami menemani anak mereka mengambil keputusan SPM di SMA MAIWP.

Fadhlina yang hadir bersama suaminya dilihat memilih untuk duduk di kerusi biasa bersama ibu bapa yang lain dan bukannya di kerusi tetamu kenamaan.

Apa yang membanggakan, anak beliau meraih keputusan cemerlang iaitu 9A 2B+.

Fadhlina berpelukan dengan anak perempuannya yang dilihat mengesat air mata gembira.

Untuk rekod, seramai 10,109 daripada 373,974 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain