suria

Remaja perempuan usia 14 tahun diperkosa dua lelaki, suspek mengaku tidak bersalah

Remaja harus sentiasa dipantau oleh ibu bapa mereka. -Gambar hiasan

SEORANG remaja perempuan berumur 14 tahun mendakwa dirogol oleh dua lelaki di Parit Jawa, Muar, Johor.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata remaja terbabit mengenali salah seorang suspek manakala individu kedua merupakan rakan suspek.

"Dua suspek itu didakwa merogol remaja perempuan itu di dua lokasi berbeza pada 30 Mei dan 31 Mei.

"Kedua-dua suspek itu berusia 21 tahun dan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis.

"Mereka disabitkan di bawah bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

"Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Mahkamah menetapkan 2 Ogos untuk sebutan semula kes," katanya pada Jumaat.

Raiz Mukhliz mengingatkan orang awam untuk memerhatikan gerak geri anak supaya dapat mencegah daripada berlakunya perkara yang tidak diingini terutamanya jenayah seksual. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain