suria

Mulut celupar Jocelyn Chia bawa padah, akaun Twitter dan Instagram kena gantung

Akaun TikTok dan Twitter Jocelyn digantung.

TINDAKAN pelawak asal Singapura iaitu Jocelyn Chia menyentuh isu kontroversi berkaitan tragedi kehilangan pesawat milik Malaysia iaitu MH370 dalam komedi berdiri yang dipersembahkan membawa padah.

Menerusi semakan mStar, akaun Twitter dan Instagram milik Jocelyn sudah pun digantung dipercayai akibat menerima banyak laporan daripada pengguna media sosial.

Susulan itu, ramai rakyat negara ini meluahkan rasa gembira dengan perkembangan terbaharu itu kerana keceluparan mulut pelawak berkenaan melampaui batas dan bersifat provokasi.

Rata-rata netizen menyifatkan sikap masyarakat Malaysia yang prihatin dan sepakat mampu memberikan impak sehingga dapat melenyapkan akaun media sosial Jocelyn hanya dalam masa beberapa jam.

WhatsApp Image 2023-06-08 at 2.52.33 PM

Antara komen-komen yang diberikan netizen.

"Dahsyat netizen Malaysia. Hanya dalam beberapa jam sahaja akaun Jocelyn hilang.

"Israel pun boleh koyak, apa yang anda boleh jangkakan?," tulis netizen.

Bagaimanapun, buat masa ini didapati akaun YouTube Jocelyn iaitu @JocelynChiaComedy serta akaun TikTok pelawak berkenaan dilihat masih lagi aktif.

ARTIKEL BERKAITAN: Budi bahasa rakyat Malaysia di tempat pertama walaupun negara sedang membangun... Sindiran Harith Iskander terhadap pelawak Singapura ini benar-benar menusuk kalbu

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Pelawak wanita Singapura hina Malaysia, buat jenaka isu tragedi MH370

Jocelyn sebelum ini tular di media sosial kerana beberapa kali dengan sengaja mempersenda Malaysia dalam sketsa komedinya.

Pelawak itu menyentuh isu kontroversi berkaitan tragedi kehilangan pesawat milik Malaysia, MH370 dalam komedi yang dipersembahkan.

Malah, wanita itu juga turut membangkitkan isu perkauman serta membandingkan kemajuan antara Malaysia dan negaranya.

Menurut Jocelyn, ekonomi Malaysia jauh lebih rendah dan masih dikategorikan sebagai negara yang sedang membangun, berbanding Singapura yang diiktiraf sebagai negara dunia pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain