suria

Masalah dah selesai, Atu Zero ambil bayaran di Awesome TV

Atu sudah menerima bayaran daripada Awesome TV.

SELEPAS beberapa bulan menanti penuh sabar sehingga berlaku kontroversi 'perang' dua pihak, pelawak Atu Zero akhirnya mengesahkan sudah menerima tunggakan bayaran hasil kerjanya daripada Awesome TV.

Pengurus yang juga isteri Atu iaitu Shafeeqa Johari berkata, dan dan suaminya hadir ke pejabat Awesome TV di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bagi mengambil bayaran berkenaan pada petang Rabu.

Shafeeqa berkata, mereka yang ditemani Shahrol Shiro turut bersua muka dengan Ketua Pegawai Eksekutif stesen televisyen berkenaan, Datuk Adam IIyas.

atuu

Isu Atu dan Awesome TV sudah selesai.

"Baru semalam pukul 6.30 petang kami mengambil bayaran yang diberikan di pejabat urusan Awesome TV sendiri.

"Kami ditemani Shahrol pada pertemuan itu kerana bimbang, manalah tahu timbul pergaduhan atau perselisihan faham," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Bukan tak bayar cuma lambat, stesen lain pun sama" – CEO Awesome TV jawab kontroversi hutang artis, produksi

ARTIKEL BERKAITAN: Atu Zero terpaksa merayu minta bayaran, dedah guna duit sendiri ketika penggambaran Awesome Raja Lawak

Dalam pada itu, Shafeeqa berkata, enggan mengeruhkan keadaan, hubungan Atu dan Awesome TV kini sudah kembali jernih apabila mereka saling bermaaf-maafan ketika pertemuan berkenaan. Kata Shafeeqa semua masalah yang dibangkitkan sebelum ini sudah diselesaikan dengan baik.

Baru semalam pukul 6.30 petang kami mengambil bayaran yang diberikan di pejabat urusan Awesome TV sendiri.

SHAFEEQA JOHARI

PENGURUS ATU

"Perkara itu sudah diselesaikan dengan baik dan kami juga sudah memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Alhamdulillah, kami sudah bersalaman dan ambil gambar bersama," katanya.

Pada April lalu, Atu meluahkan rasa kesal apabila terpaksa menagih bayaran daripada Awesome TV yang masih tertunggak selepas menyelesaikan penggambaran sebuah program.

Lebih malang kata Atu, dia terpaksa menggunakan wang sendiri sepanjang penggambaran namun apabila menuntut bayaran dijanjikan dia diberi pelbagai asalan sehingga terpaksa mendedahkan perkara itu kepada umum.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain