Chow Yun-Fat Agih 99 Peratus Kekayaannya Untuk Amal - Hiburan | mStar

Chow Yun-Fat Agih 99 Peratus Kekayaannya Untuk Amal

TIDAK ada yang lebih bernilai daripada kebaikan. Demikian prinsip yang dipegang oleh bintang filem antarabangsa, Chow Yun-Fat.

Pelakon filem Crouching Tiger, Hidden Dragon itu akan mengagihkan 99 peratus daripada kekayaannya untuk amal setelah dia mati.

"Saya tidak ingin membawa apa pun ketika mati," kata Chow menurut Asiaone, Jumaat.

Chow membuat keputusan tersebut setelah menjalani penggambaran di Mongolia tahun lalu. Perjalanan itu memberi inspirasi kepada Chow.

Aktor kelahiran Pulau Lamma, Hong Kong pada 18 Mei 1955 itu menyedari segala benda dalam hidup ini tidak ada ertinya kecuali kebaikan.

Berkecimpung dalam industri perfileman selama 37 tahun telah membawa Chow ke puncak kejayaan dan meraih kekayaan.

Meskipun begitu, aktor berusia 55 tahun itu dan isterinya tidak pernah mempunyai keinginan untuk menikmati kekayaannya sendiri selama-lamanya.

"Wang bukanlah milik saya sorang. Saya menerima wang itu daripada penghargaan yang diraih. Saya tidak ingin memilikinya sendiri selamanya," tegas Chow.

Artikel Sebelum

Ari Lasso Kembali Sertai Dewa 19?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Bung Nafi Cerai Isteri Pertama

default image

Aizat Tak Sabar Nak Belajar Di UK

Artikel Lain