"Crayon" Dibuat Bukan Untuk Jadi Jutawan - Hiburan | mStar

"Crayon" Dibuat Bukan Untuk Jadi Jutawan

Filem Crayon lakonan Adibah Noor, Kahoe, Faisal dan Joshry Adamme sarat dengan mesej kasih sayang dan semangat tolong-menolong.
Filem Crayon lakonan Adibah Noor, Kahoe, Faisal dan Joshry Adamme sarat dengan mesej kasih sayang dan semangat tolong-menolong.

MUNGKINKAH filem Crayon mampu membuka mata pihak kerajaan dan rakyat Malaysia agar memberikan harapan dan sokongan padu kepada insan yang memerlukan?

Atau sekadar dipandang sepi ibarat filem picisan dek kerana kurangnya nilai komersial dalam pengisiannya?

Namun, awas! Jika itu yang dicari, sampai bila penonton akan terus-menerus disogok dengan cerita yang berunsurkan hiburan semata-mata.

Setelah menonton Crayon pada majlis tayangan tertutup di Cathay Cineleisure Damansara, Khamis, filem tersebut bukanlah bermotifkan hiburan sahaja sebaliknya sarat dengan nilai murni seperti semangat tolong-menolong dan kasih-sayang.

Dengan senario yang berlaku dewasa kini, tidak mustahil filem ini dapat membantu mengurangkan sedikit beban dan masalah yang berlaku kepada masyarakat yang daif dan sebenarnya memerlukan banyak perhatian ramai pihak.

Seperti kata penerbit, pengarah dan penulis skripnya, Dean A. Burhanuddin, 33, dia sengaja memilih untuk membikin filem genre drama, kekeluargaan dan pengembaraan itu kerana apa yang dipentingkan adalah sikap prihatin kepada insan yang lemah seperti golongan kurang upaya, anak yatim dan orang tua.

“Saya tahu mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa saya memilih untuk membuat filem seperti ini berbanding filem yang lebih komersial. Pada hakikatnya, saya lebih melihat kepada filem yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini.

“Lagipun matlamat saya buat filem bukan disebabkan untuk bergelar seorang jutawan. Sampai bila kita hendak hidup untuk diri-sendiri sahaja?

"Bagi saya, yang penting mesej dalam filem ini berjaya disampaikan kepada penonton,” katanya.

Dia yang berkelulusan dalam bidang perakaunan dan undang-undang perniagaan itu mula berjinak-jinak dalam industri perfileman sejak tiga tahun lalu.

Dean berpengalaman menulis skrip untuk salah sebuah studio di Amerika Syarikat selain pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif di beberapa syarikat dan francais dari luar negara dan perunding perniagaan.

Anak tunggal dalam keluarganya ini mula memikirkan idea untuk membuat filem ini sejak kehilangan bapa tercinta, Burhanuddin Ahmad Tajuddin, setahun lalu.

Selain Dean, filem terbitan Zioss Films Sdn Bhd ini turut diterbitkan oleh penerbit Linda Ziegler dan Elise A. Hamid.

Dean yakin dengan lakonan mantap daripada empat pelakon utamanya iaitu Hon Kahoe (Adam Wan), Faisal Abdullah (Rafaat), Adibah Noor (Mak Engku) dan Joshry Adamme (Afiq) serta mesej yang ingin disampaikan, filem berdurasi 83 minit itu mampu menarik penonton ke pawagam pada 11 November ini.

Crayon yang dihasilkan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin itu mengisahkan tentang dua sahabat baik dan pelajar dari sebuah universiti di Singapura, Adam dan Rafaat yang menghabiskan masa cuti semester mereka dengan melibatkan diri dalam kerja sosial sebagai sukarelawan di rumah anak yatim di Malaysia.

Di rumah anak yatim itu, mereka berjumpa dengan Mak Engku dan Afiq serta menyelami kehidupan anak yatim

Dean mendedikasikan filem yang menelan belanja RM500,000 ini kepada anak yatim yang lebih simbolik dengan Crayon memandangkan kanak-kanak menggemari crayon untuk melukis.

“Faisal dan Kahoe membawakan watak mereka dengan bagus manakala Adibah memang sesuai melakonkan watak pengasas rumah anak yatim dan dia teruja dengan cerita itu.

“Jadi, saya rasa tidak menyesal memilih mereka sebagai pelakon walaupun kami mempunyai masalah dari segi bajet yang rendah untuk pelakon dan masa yang terhad,” katanya mengenai filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Singapura dan Melaka itu.

Dean berharap Crayon mendapat sokongan daripada ramai penaja kerana sebahagian keuntungan daripada filem tersebut akan disumbangkan kepada rumah anak yatim seperti Rumah Onazam, Rumah Solehah, Rumah Kasih Harmoni dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Nur Hikmah Selayang.

Crayon bakal muncul sempena festival Muzik, Seni dan Gaya (MASiF 2010) di Pavilion, Kuala Lumpur Ahad ini, pukul 2 petang.

Terdapat aktiviti menarik yang dihidangkan seperti persembahan berkonsepkan Michael Jackson dan klip video sebalik tabir Crayon yang boleh ditonton secara percuma.

Artikel Sebelum

Percubaan Pertama Faisal Abdullah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Jimmy Shanley Bergelar Suami

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain