suria

Aksi Mesra Angelina Jolie & Johnny Depp Dalam "The Tourist"

AKTRES Angelina Jolie (gambar) dan Johnny Depp akan muncul menerusi filem The Tourist dengan aksi mesra ketika melakonkan salah satu adegan bercium dalam filem itu.

Menurut Dailymail, Jumaat, sebelum ini GK Films pernah menerbitkan trailer The Tourist yang menampilkan adegan tersebut.

Dalam filem arahan Florian Henckel von Donnersmarck itu, Depp melakonkan watak Frank Taylor, lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat yang pergi ke Itali untuk mencari ketenangan setelah gagal dalam percintaan.

Sementara, Jolie melakonkan karakter Elise Ward, wanita yang menyimpan banyak misteri dalam hidupnya.

The Tourist merupakan filem yang dibikin semula daripada filem Perancis berjudul 'Anthony Zimmer'.

Selain Jolie dan Depp, filem tersebut turut dibintangi oleh Paul Bettany dan aktor senior Timothy Dalton. Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada Disember tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain