suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Risau diabetes, masalah jantung… Pengamal media mungkin perlu jalani pemeriksaan kesihatan

Fahmi berkongsi detik ceria bersama Esther Ng (tengah) dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Kelestarian SMG, Zuhaila Sedek ketika melawat reruai Star di Kelana Jaya.

 

PETUGAS media mungkin perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bernilai RM4,000 sebelum permohonan kad perakuan media mereka diluluskan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebagai usaha kerajaan menggalakkan pengamal media memberi perhatian terhadap tahap kesihatan masing-masing meskipun berdepan jadual kerja yang padat.

Menurutnya, pemeriksaan kesihatan penting bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti C, aterosklerosis serta masalah jantung dan paru-paru pada peringkat awal.

"Kita mesti meluangkan masa untuk menjaga kesihatan sebelum sesuatu berlaku. Saya tidak mahu memaksa sesiapa menjalani pemeriksaan kesihatan, sebaliknya mahu menggalakkan mereka berbuat demikian.

"Perkara ini amat penting kerana kita mahu mengenal pasti masalah kesihatan lebih awal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Saringan Kesihatan Wartawan, hasil kerjasama Majlis Media Malaysia (MMM) dan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) di Petaling Jaya pada Sabtu.

Turut hadir, Pengerusi MMM, Tan Sri Nallini Pathmanathan; Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star (SMG), Datin Paduka Esther Ng; Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima, Datuk Farrah Naz Abd Karim serta Pengurus Besar Borneo Post dan Utusan Borneo, Phyllis Wong Yang Yong.

Mengulas lanjut Fahmi berkata, pihaknya akan berbincang dengan MMM bagi mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk menggalakkan pengamal media menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Katanya, antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah meminta pemohon menyatakan sama ada mereka sudah menjalani pemeriksaan kesihatan ketika memperbaharui kad perakuan media tahunan melalui Jabatan Penerangan Malaysia.

Beliau turut berhasrat memastikan lebih 12,000 pemegang kad perakuan media di seluruh negara mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama beberapa pihak akan diusahakan bagi mengumpul dana untuk program tersebut.

Fahmi turut bercadang mengundang CVSKL dan Yayasan CVSKL menyertai sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) pada Jun tahun depan.

Sementara itu, Pengerusi MMM, Tan Sri Nallini Pathmanathan berkata, kebajikan pengamal media perlu diberi perhatian oleh organisasi media, khususnya mereka yang berdepan tekanan kerja dan jadual bertugas tidak menentu.

Menurutnya, terdapat juga wartawan bebas dan sambilan yang tidak menikmati kemudahan perubatan seperti pekerja tetap.

Justeru, katanya, usaha menjaga kebajikan dan kesihatan wartawan memerlukan kerjasama pelbagai pihak dalam industri media.

Dalam pada itu, Fahmi menjelaskan bahawa kerajaan akan meneliti kesesuaian dan kepraktisan pelaksanaan inisiatif tersebut, terutama bagi petugas media di Sabah, Sarawak serta kawasan luar Lembah Klang.

"Kita sedar sekiranya inisiatif ini melibatkan kemudahan perubatan di Lembah Klang, ia mungkin menyukarkan rakan media di Sabah, Sarawak dan kawasan lain.

"Oleh itu, kita tidak mewajibkannya, tetapi mahu menggalakkan semua organisasi media memastikan kakitangan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun," katanya. -The Star

Artikel Lain