suria

Jumlah tontonan TikTok Datuk Red meningkat selepas tiru video Que Haidar, tak kisah digelar badut

Rezeki Datuk Red makin meningkat selepas tular dengan video parodi 'Jamilah'.

BEKAS suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu teruja apabila trend video parodi 'Jamilah' yang meniru gaya pelakon Que Haidar mendapat perhatian netizen.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 47, berkata, video berkenaan bukan sahaja menerima maklum balas positif, malah membuka peluang buatnya menambah pendapatan melalui tawaran reviu produk.

"Alhamdulillah, saya dah minta izin dan mohon maaf pada Que. Maklum balas daripada video tersebut cukup positif. 

Que sambut baik video parodi Adnan.

"Saya dapat banyak tawaran reviu selepas video saya viral. Que pun kata bagus manakala Datuk Adi Putra pun ada komen, saya rasa okay sahaja," katanya kepada mStar.

Menurut Adnan, dia membuat video berkenaan hanya untuk hiburan semata-mata sambil menambah pendapatan. 

Malah, usahawan itu tidak terasa hati walaupun digelar badut oleh sesetengah netizen.

"Saya buat kandungan itu sekadar nak berseronok. Saya buat versi tak kacak dan tak kisah digelar badut. Orang boleh cakap apa saja kerana niat saya hanya untuk cari rezeki. 

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red tertekan dituduh asyik minta simpati, luah rasa penat cari rezeki… “Saya minta kerja, tiada orang nak bagi”

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak bulan tak kelihatan” - Datuk Red tak jadi nikah Adira Aidilfitri ini, reda menduda sampai tua

"Lagipun saya faham ramai orang sedang berdepan masalah dan kalau mereka terhibur dengan kandungan yang dihasilkan, saya tumpang gembira. Tiada masalah pun, komen baik atau buruk tetap saya terima," jelasnya.

Sementara itu, Adnan menjelaskan terdapat syarikat atau pengasas produk yang memintanya untuk melakukan kandungan yang boleh mencapai tontonan tinggi sekali gus menjadi peluang kepadanya untuk menambah pendapatan. 

Adnan banyak buat video parodi di TikToknya.

Tambah Adnan, dia masih mempunyai banyak hutang yang perlu dijelaskan namun percaya pasti ada jalan keluar untuk setiap ujian yang sedang ditanggung. 

"Kadang-kadang, syarikat atau pengasas nak views tinggi. Jadi saya ambil peluang ini sambil menambah rezeki. 

"Saya ada banyak hutang lagi yang perlu dijelaskan. Tambah pula masa saya semakin suntuk dengan usia sekarang. Tapi saya percaya dengan setiap aturan Allah," ujarnya.

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain