suria

[V] Isteri berpakaian mencolok mata, Chiwan pilih didik secara perlahan…“Kalau tegur lebih sangat takut bergaduh”

PENAMPILAN isteri kepada penyampai radio, Chiwan iaitu Amira Ayuni Hashim,28, sering menjadi perhatian ramai apabila dilihat kerap berkongsi video mengenakan pakaian mencolok mata di TikTok miliknya.

Chiwan atau Muhammad Azwan Sabir, 39, berkata sebagai suami dia juga mengaku kurang selesa dengan penampilan Amira namun menyedari isterinya itu masih muda.

"Dia masih muda lagi, tapi apa yang digayakan memang salah. Kadang saya marah kerana tahu ia tak elok.

Pakaian seksi isteri Chiwan jadi perhatian.

"Saya tidaklah baik sangat cuma ada benda yang saya tak suka," katanya kepada mStar.

Chiwan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Inilah Suria yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada Rabu. 

Menurut Chiwan, jurang usia yang agak jauh membuatkan dia sedikit berhenti-hati dalam memberi teguran.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri Chiwan dengar bisikan ketika sedang pantang, berulang kali suruh campak anak baru lahir

ARTIKEL BERKAITAN: Chiwan dah jadi bapa, isteri selamat bersalin anak pertama

Malah dia juga sudah berulang kali menasihati isterinya agar berhati-hati dalam memilih pakaian terutama ketika ingin membuat video.

"Mungkin selepas ini dia akan lebih berjaga-jaga. Dia masih muda manakala saya pula sudah berumur, jadi kadang-kadang kalau tegur lebih sangat takut bergaduh.

"Saya ada beritahu tak perlu pun video-video macam ini, kena jaga penampilan supaya orang senang dengan kita," luahnya.

Saya akan terus beri dia nasihat.

CHIWAN

PENYAMPAI RADIO/PELAWAK

Dalam masa sama, Chiwan berkata dia memilih pendekatan secara perlahan-lahan dalam mendidik isteri selain menggunakan keluarga mentua untuk memberi nasihat.

"Ada juga berbincang dengan keluarganya dan ibu dia pun ada menegur.

Chiwan sentiasa menasihati isterinya.

"Kalau suruh padam nanti bergaduh, jadi saya akan terus beri dia nasihat untuk tidak buat perkara seperti itu," jelasnya.

Untuk rekod, Chiwan dan Amira mendirikan rumah tangga pada 5 Mei tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Telok Panglima Garang, Banting, Selangor.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Canteq Kesuma yang kini berusia 11 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain