suria

Dira Abu Zahar bukan suka-suka terima gelaran Datuk, pikul amanah besar - “Lama fikir nak up ke tak sebab takut netizen kecam”

Dira Abu Zahar kongsi kenangan manis diberikan darjah kebesaran negeri Melaka.

PELAKON Datuk Dira Abu Zahar menganggap penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada awal bulan lalu merupakan satu amanah besar yang harus dipikul sebaik-baiknya.

Meskipun pada awalnya bimbang untuk berkongsi berita gembira itu, Dira atau nama sebenar Khaidiriah Abu Zahar, 36, berkata dia percaya rezeki itu adalah tanggungjawab dan kurniaan dari Allah SWT.

"Lama fikir nak up (kongsi) ke tak sebab takut kena kecam dengan netizen... tapi bila fikir balik kita buat saja kerana itu semua gerak dari Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berkenalan, Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri ahli perniagaan

"Penghargaan ini datang bukan untuk suka-suka. Ia datang bersama dengan tanggungjawab dan amanah. InsyaAllah saya buat sehabis sedaya mungkin.

"Saya masih manusia biasa yang masih ada kurang dan lemahnya... hanya mampu ucap terima kasih, syukur!," katanya menerusi Instagram.



Perkongsian Dira di laman Instagram.

Pada 1 November lalu, Dira merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Bagaimanapun, Dira tidak berkongsi sebarang info atau foto sepanjang majlis itu di laman sosial miliknya.

Dalam pada itu, anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin ini turut mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak.



Dira terima darjah sempena sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

"Terima kasih suami, mak, anak-anak, adik-beradik, dan keluarga serta sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan serta menyokong selama ni.

"Posting ni juga sebab nak ucap terima kasih pada tukang buat baju dan tukang make up kita hari tu... semua pun kalut tolong nak hiaskan kita sebab kalau ikut hati baju kurung cotton pun boleh je.

"Terima kasih Hatta Dolmat dan Jijie Zainal... kita semua Melaka power ler!" ujarnya.

Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain