suria

Fitnah! Abby Abadi dituduh kaya sebab jual bayi, minta bayaran daripada keluarga angkat - “Ramai dengki nampak saya jalan-jalan masa PKPB”

Abby Abadi bukan ejen mencari bayi untuk keluarga angkat.

DITUDUH menjadi ejen sindiket jual bayi, pelakon Abby Abadi tampil menafikan dakwaan segelintir netizen yang menyebarkan fitnah tersebut di beberapa forum hiburan tempatan.

Menurut Abby, dia dan suami iaitu Muhammad Faizal Zakaria tidak terbabit dengan aktiviti tidak bermoral itu dan hanya membantu menguruskan bayi kurang bernasib baik diasuh oleh keluarga angkat.

"Alahai... boring sangat ke tak ada cerita panas tentang saya? Cerita tentang bantuan untuk selamatkan bayi-bayi tak berdosa ni pun nak berburuk sangka ke? Kenapa orang kita suka dengki dan busuk hati ya, seronok ke sebar fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video suami solat belakang gerai, Abby Abadi pelik ramai yang ‘panas’ - “Ajak buat benda baik serba tak kena, konsert berpuluh kali post pun takpa!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak ansur, tidak beza-bezakan anak cara Abby Abadi dan suami kekal bahagia - “Kami kurang bergaduh sebab berpegang kuat pada tali Allah”

"Kalau siapa yang mengikuti dari awal saya beritahu yang saya terlibat buat kerja ni cara tak sengaja... selepas saya ambil Daiyan, ramai yang nak serahkan baby pada saya lagi. Macam-macam latar belakang, saya bincang dengan suami dan kami sepakat, okaylah ambil sorang lagi perempuan iaitu Dayana.

"Selepas Dayana saya dah tak mahu dah. Saya uruskan untuk orang lain sebab baby yang saya uruskan tu semua maknya cari saya untuk dibantu dan saya bantu semampu saya, kebanyakan dalam kesusahan, tiada duit langsung," katanya menerusi Instagram.



Abby dan suami jalankan pelbagai perniagaan untuk menyara keluarga mereka.

Dalam pada itu, Abby menjelaskan dia hanya menjadi perantara dan membantu keluarga angkat mendapatkan bayi yang perlu dilindungi tanpa mengambil sebarang keuntungan daripada mana-mana pihak.

Malah, sejumlah wang yang diminta daripada keluarga angkat bertujuan untuk membayar kos bersalin dan hospital yang ditanggung oleh ibu bayi berkenaan.

"Lepas itu ada yang komen kata syarat nak ambil anak tiada yang percuma... bersalin sendiri pun ada kos, kos untuk mak baby la. Dia orang bersalin tu ingat main-main ke? Normal lain, swasta lain... berpantang lagi.



Luahan hati Abby Abadi di laman Instagram.

"RM5,000 sehingga RM15,000, memang ada bil tinggi macam itu, sebab itu saya cari yang mampu. Sejak dari awal saya memang jadi perantara dan duit tak lalu dekat saya... saya kenalkan sahaja dan terus mak bapa angkat berurusan sendiri. Jadi bilanya saya jual baby ini?

"Tengok contoh bil swasta yang saya bayar untuk ambil Darda (anak angkat ketiga)... mahal sungguh kan? Tapi tak apalah... sebab bil hospital itu tinggi semua tak nak, dapatlah pada saya. Rezeki sungguh sebab bertuah sangat anak ini, sangat membahagiakan kami... comel, baik dan bijak!" ujarnya.

Lebih menyedihkan Abby berkata dia dituduh mengumpul kekayaan hasil pemerdagangan bayi-bayi berkenaan sedangkan dia dan suami berkerja keras untuk menyara keluarga mereka.

Cukuplah menfitnah saya tak larat nak cerita semua benda. Lepas ni saya tolong dari jauh je ya sebab ramai yang dengki!

ABBY ABADI

PELAKON

"Ada yang tuduh saya kaya sebab jual baby. Ya Allah! Berat tuduhan tu... bila nak minta maaf tu? Tak nampak ke saya dengan suami berkerja berniaga macam-macam, ke sana-sini join event, berniaga dah macam peniaga pasar malam, setiap bulan terkejar nak bayar itu dan ini.

"Saya cari rezeki nak bagi makan anak-anak, nak bayar bil lagi.. celah mana entah dorang menilai saya kaya... ikut sedap tekak je buat fitnah. Tak takut mati ke ni? Penat nak menjawab fitnah-fitnah macam ni.

"Cukuplah menfitnah saya tak larat nak cerita semua benda. Lepas ni saya tolong dari jauh je ya sebab ramai yang dengki dorang nampak saya macam jalan-jalan semasa PKPB ni padahal saya berurusan dengan pihak berkuasa juga," ujarnya.



Abby dan suami bahagia bersama tiga anak angkat mereka.

Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 14 Ogos 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Muhammmad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh pada Disember tahun lalu.

Abby turut memelihara tiga anak angkat sejak kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain