suria

M Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas disyaki akibat masalah jantung, isteri mohon doa orang ramai

M Daud Kilau dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas pada Khamis.

PENYANYI veteran Datuk M Daud Kilau, 83, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak malam Khamis selepas mengalami sesak nafas.

Menurut isterinya iaitu Datin Rohani Awang Ngah, M Daud mula mengalami sesak nafas pada Rabu dipercayai berkaitan dengan masalah jantung.

“Jadi bila keadaannya makin teruk, saya terus bawa ke hospital pada pukul 3.15 petang Khamis dan dia kemudian ditahan di wad untuk rawatan susulan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Rindukan Pakaian Kelip-Kelip" - M Daud Kilau

“Doktor minta dia berehat dalam wad untuk beberapa hari bagi tujuan pemantauan, ” katanya.

Sementara itu, Rohani memberitahu doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati suaminya mengalami masalah paru-paru berair.

Sejak semalam sayalah yang menjaganya, tidur di hospital. Tapi Alhamdulillah bila lihat perkembangannya, makin baik.

ROHANI AWANG NGAH

ISTERI

Bagaimanapun, keadaan penyanyi lagu Cek Mek Molek itu dilaporkan stabil dan semakin baik.

“Setakat ini dia stabil dan doktor sedang merawat dan bagi ubat untuk kurangkan air. Dia juga ada masalah jantung.

“Sejak semalam sayalah yang menjaganya, tidur di hospital. Tapi Alhamdulillah bila lihat perkembangannya, makin baik.



Sebelum ini, M Daud Kilau pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali.

“Buat peminat semua doakan supaya dia cepat sembuh, ” katanya.

Sebelum ini, penyanyi ini pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali akibat masalah kesihatan yang dialaminya sejak empat tahun lalu.

Dia yang menghidap penyakit kencing manis kini sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang juga sakit selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain