suria

Haa masuk! Ramai puji 'Empat Dara 2020' gandingan Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana sampai trending nombor 1 - “Niat saya cuma nak buat orang gembira”

MV Empat Dara 2020 nyanyian Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana terima sambutan penonton dan trending nombor satu di laman YouTube.

GANDINGAN tiga penyanyi iaitu Elly Mazlein, Zizi Kirana dan Faizal Tahir menerusi lagu Empat Dara 2020 menerima sambutan hangat penonton di laman YouTube.

Cetusan idea penghasilan lagu tersebut timbul selepas Elly memuat naik sepotong rakaman video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara di laman Instagram miliknya.

Tidak menyangka sambutan diterima, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berkata dia gembira apabila rakaman nyanyiannya itu tular sehingga terbitnya video muzik (MV) muzik Empat Dara 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein teruja pertama kali mengacara program masakan, sedia dibandingkan dengan 'Ketuk-Ketuk Ramadan'

"Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali, niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira. Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira, ” katanya.



Peminat puji gandingan tiga penyanyi hebat ini.

Sementara itu, penyanyi dan komposer Faizal Tahir yang turut memuat naik sedutan rakaman persembahannya di salah sebuah rancangan televisyen menarik perhatian peminat sehingga mereka membuat permintaan mahu lagi itu diberi sentuhan baharu.

Sehubungan itu, syarikat rakaman Faithful Music telah merealisasikan permintaan tersebut dengan menerbitkan semula Empat Dara 2020.

Elly Mazlein mintak masuk, kita masuk lah!

FAIZAL TAHIR

PENYANYI

Lebih istimewa, penyanyi rap Zizi Kirana turut sama terbabit dengan menyumbangkan suara dan penampilan dalam MV lagu ini.

"Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly. Faizal memberitahu kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini," kata Zizi.



MV Empat Dara 2020 kongsi latar belakang menarik di Malaysia.

Empat Dara adalah karya asal oleh Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaru ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.

Empat Dara 2020 adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.

Lagu ini boleh didengari di semua platform digital termasuklah laman YouTube bermula Rabu.

Sehingga kini, MV lagu tersebut sudah menjadi trending nombor satu dan menerima pujian penonton di laman tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain