SEORANG wanita mendakwa berdepan pengalaman menakutkan apabila terserempak dengan makhluk gergasi berbulu hitam dipercayai bigfoot ketika menaiki kenderaan bersama keluarganya.Keyara Klawitter berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam pada 11 Oktober ketika dia sekeluarga berada di jalan luar bandar berhampiran Bass River, New Jersey, Amerika Syarikat. Menurutnya, lampu tinggi kenderaan menyuluh kelibat makhluk setinggi kira-kira 2.4 meter itu yang mempunyai tubuh tegap, dilitupi bulu hitam pekat dan kelihatan basah."Makhluk itu mempunyai tubuh yang besar dan tegap. Saya dapat melihat tangannya yang menyerupai tangan manusia serta lengannya yang luar biasa panjang."Ia berjalan sedikit membongkok tetapi bergerak sangat pantas ketika melintas jalan," katanya kepada Bigfoot Field Researchers Organization (BFRO).Keyara berkata, kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan.Mereka turut menghubungi pihak berkuasa taman negeri dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey untuk melaporkan penemuan berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa terserempak bigfoot, lari ketakutan lihat makhluk seperti lelaki iras keraDalam kejadian berasingan pada 20 Oktober lalu, seorang pemburu rusa mendakwa terdengar bunyi ketukan kuat ketika berada di dalam hutan berhampiran St. Maries, Idaho.Menurutnya, bunyi ketukan tersebut berterusan selama lima hingga 10 minit sebelum dia terdengar suara garau yang tidak dapat dikenal pasti.Kedua-dua laporan itu direkodkan BFRO, sebuah organisasi yang mengumpul dan menyiasat dakwaan penampakan bigfoot, makhluk legenda berbulu besar yang dikatakan menyerupai manusia.Bagaimanapun, kewujudan bigfoot masih belum dibuktikan secara saintifik meskipun dakwaan penampakan makhluk itu terus dilaporkan oleh orang ramai. - Agensi.