suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar universiti maut ketika kerja ‘part time’ sebagai penghantar makanan, motosikal terbabas langgar paip tepi jalan

Mangsa yang baru berusia 19 tahun maut dalam kejadian itu. -Foto KhaoSod

SEORANG penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena paip saliran di tepi jalan.

Mangsa, Teeraphat, 19, merupakan pelajar sebuah universiti yang bekerja sebagai penghantar makanan pada waktu lapang.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang Selasa di Wichit, Phuket, Thailand.

Teeraphat dikejarkan ke Hospital Dibuk oleh pasukan penyelamat namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Siasatan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa menunggang motosikal Honda Wave 110 berwarna biru menuju ke persimpangan Kuil Naka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perginya ketika mencari rezeki” - Jiran kongsi kisah rider maut dirempuh X70, sedang hitung hari hadir majlis konvokesyen

Ketika melalui jalan yang sedang menjalani kerja pembinaan, motosikal mangsa dipercayai terbabas selepas terkena paip yang terdedah di tepi jalan.

Polis kini menyiasat kejadian itu dan akan mengambil keterangan daripada kontraktor yang terlibat dalam kerja pembinaan berkenaan.

Sekiranya siasatan mendapati kontraktor itu cuai sehingga menyebabkan kematian Teeraphat, dia boleh berdepan pertuduhan menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Mengikut Seksyen 291 Kanun Keseksaan Thailand, kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda sehingga 200,000 baht (RM24,000). - Agensi.

Artikel Lain