SIASATAN rasmi berhubung tragedi kebakaran di sebuah hospital yang meragut nyawa 14 bayi pada Ogos lalu membongkar kepincangan menyayat hati.Unit neonatal berkenaan didapati tidak mempunyai penggera kebakaran mahupun sistem penyembur air, selain laluan kecemasan yang berkunci dan terhalang.Laporan jawatankuasa siasatan menyifatkan kejadian itu sebagai kegagalan sistemik dan institusi yang amat parah sehingga percikan elektrik kecil bertukar menjadi tragedi berdarah.Kebakaran menyayat hati itu berlaku pada pagi 26 Ogos di Pakistan Institute of Medical Sciences (PIMS), Islamabad.Ia dipercayai bermula daripada kabel bekalan elektrik yang terlalu panas pada unit pendingin hawa.Menurut laporan itu, api merebak dengan pantas selepas menyambar bahan plastik, peralatan perubatan dan tong sampah di dalam wad. Bukan itu sahaja, oksigen yang digunakan oleh beberapa bayi mungkin menyebabkan kebakaran lebih marak.Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang jururawat berlari keluar dari wad pada pukul 6.38 pagi untuk mendapatkan bantuan sebelum kembali kira-kira 20 saat kemudian bersama seorang pengawal keselamatan.ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dua bulan maut di tangan bapa sendiri! Suspek serkup kepala dengan plastik, beri alasan mahu hentikan tangisanSeorang lagi jururawat, Razia Noreen, nekad memasuki wad yang sedang marak terbakar dan keluar beberapa saat kemudian sambil mendukung seorang bayi.Bayi berkenaan menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat dalam tragedi hiba tersebut.Laporan siasatan mengesahkan unit neonatal itu langsung tiada pengesan asap atau penyembur air yang berfungsi.Selain itu kakitangan bertugas juga tidak pernah menerima latihan pemindahan kecemasan.Usaha menyelamat bertambah sukar apabila beberapa pintu dan laluan keluar hospital didapati terkunci rapat atau terhalang.Justeru anggota bomba terpaksa mengambil tindakan drastik memecahkan tingkap bangunan untuk memasuki wad.Lebih memilukan, pasukan kecemasan hanya dimaklumkan mengenai kebakaran pada pukul 6.54 pagi, iaitu hampir 20 minit selepas api bermula.Anggota penyelamat pertama hanya tiba kira-kira tujuh minit kemudian. -Agensi