suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi dua bulan maut di tangan bapa sendiri! Suspek serkup kepala dengan plastik, beri alasan mahu hentikan tangisan

Ibu bapa perlu lebih peka dan pantau keadaan anak yang masih kecil setiap masa. -Gambar hiasan AI

BAPA muda berusia 18 tahun dipercayai bertindak menutup kepala bayi lelakinya menggunakan beg plastik dengan alasan mahu menghentikan tangisan anaknya itu.

Dalam kejadian tersebut, bayi berusia dua bulan itu turut dipercayai diletakkan dalam keadaan meniarap sehingga mengalami kesukaran bernafas sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut pihak polis dalam kenyataan pada Ahad, kejadian tragis itu dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di Fukuyama, Hiroshima, Jepun, pada Jumaat.

Suspek yang bekerja di sebuah syarikat kemudian ditahan polis pada Sabtu kerana disyaki menyebabkan kematian anaknya sendiri.

Difahamkan, suspek mendakwa dia tidak berniat untuk membunuh anaknya, sebaliknya menyangka tindakan tersebut mampu membuatkan bayi berkenaan berhenti menangis.

"Saya tidak berniat untuk membunuhnya. Dia bising kerana menangis dan saya sangka tindakan itu boleh membuatkannya diam," katanya ketika memberi keterangan kepada polis.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 5.30 hingga 9 pagi sebelum ibu bayi berkenaan menghubungi talian kecemasan kira-kira pukul 1.30 petang selepas mendapati anaknya tidak bernyawa.

Bayi itu kemudian dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia. -Agensi

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk