suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli perniagaan terjerat ‘love scam‘ selama 5 tahun, alami kerugian hampir RM1 juta

Patcharee ditahan di sebuah lebuh raya daerah Tha Wung oleh pihak berkuasa.

 

 

SEORANG ahli perniagaan diperdaya wanita yang menyamar sebagai dua individu berbeza sepanjang lima tahun perkenalan mereka.

Mangsa juga telah menyerahkan wang lebih 7 juta baht atau RM859,000 kepada wanita berkenaan sepanjang tempoh berhubung secara dalam talian.

Kejadian bermula di Thailand pada 2020 apabila ahli perniagaan yang dikenali sebagai Pao berkenalan dengan seorang wanita menggunakan nama Ann menerusi aplikasi Line. 

Ann menggunakan gambar profil seorang wanita muda cantik, memulakan hubungan persahabatan dengan Pao sebelum bertukar menjadi pasangan bercinta selepas beberapa bulan berkenalan.

Dalam tempoh perkenalan itu, Ann turut memperkenalkan seorang lagi individu kepada Pao yang didakwanya sebagai kakaknya, dikenali sebagai Oh.

Selepas itu, Ann mula meminta bantuan kewangan daripada Pao, pada awalnya dengan alasan memerlukan wang untuk kos perjalanan sebelum meminta bantuan bagi membayar penginapan dan perbelanjaan harian.

Namun, permintaan paling kerap dibuat adalah berkaitan kos untuk urusan berkaitan harta pusaka yang didakwa bakal diterimanya.

Patcharee (tengah, depan) ditahan gara-gara memperdaya seorang ahli perniagaan selama tujuh tahun.

Patcharee (tengah, depan) ditahan gara-gara memperdaya seorang ahli perniagaan selama tujuh tahun.

Ann berjanji akan memulangkan setiap sen wang dipinjam sebaik sahaja menerima harta pusaka tersebut, namun janji itu tidak pernah ditunaikan.

Pao terus memberikan wang kepada wanita berkenaan selama antara empat hingga lima tahun sehingga jumlah keseluruhannya mencecah lebih 7 juta baht.

Keraguan mula timbul pada Februari lalu apabila Pao mengambil keputusan merakam perbualan telefonnya secara rahsia dengan dua wanita yang dikenalinya sebagai Ann dan kakaknya, Oh.

Selepas mendengar semula rakaman berkenaan, dia mendapati suara kedua-dua wanita itu sebenarnya sama, sekali gus membongkar bahawa Ann dan Oh merupakan individu yang sama.

Pao kemudian tampil membuat laporan polis dengan menyerahkan rakaman perbualan tersebut sebagai bukti.

Menurut Biro Siasatan Pusat (CIB), suspek berusia 43 tahun dikenali sebagai Patcharee akhirnya diberkas polis selepas pihak berkuasa menerima maklumat wanita itu akan melalui wilayah Lop Buri. 

Suspek kemudiannya ditahan di Kilometer 18, Lebuh Raya 366 di daerah Tha Wung.

Patcharee dikehendaki menerusi dua waran tangkap, dengan waran pertama dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada 10 Ogos atas pertuduhan penipuan melalui penyamaran.

Manakala Mahkamah Jenayah kemudiannya mengeluarkan waran kedua pada 20 Ogos lalu mengikut Akta Jenayah Komputer kerana dipercayai mengubah suai gambar individu lain.

Suspek kemudian diserahkan kepada polis di Balai Polis Yannawa dan dilaporkan mengaku terhadap semua pertuduhan ketika soal siasat awal. -Agensi

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk