suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh remaja berpakat samun pelancong Jepun... Sempat joli RM25 seorang sebelum dicekup polis

Kumpulan remaja itu ditahan pada Khamis.

TUJUH remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menyerang dan menyamun seorang pelancong warga Jepun.

Menurut kenyataan polis Thailand, insiden itu berlaku di sekitar kawasan Stesen Airport Rail Link Makkasan, Bangkok, pada Rabu.

Mangsa yang dikenali sebagai Yuki, 43, berkata dia dihampiri tujuh remaja berkenaan sebelum dipaksa menyerahkan sejumlah wang.

Bukan sahaja digertak, mangsa turut diserang dalam kejadian itu sehingga mengalami kecederaan di bahagian mulut.

Kumpulan remaja itu ditahan kira-kira pukul 7.20 malam, Khamis, selepas mangsa membuat laporan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja dituduh tikam pelajar di Bandar Utama diperintah bela diri... Keadaan mental sesuai untuk dibicarakan

Kumpulan itu memberitahu polis mereka memperoleh 1,400 baht (RM172) dan membahagikan wang tersebut sama rata, dengan setiap seorang menerima 200 baht (RM25).

Mereka mendakwa kesemua wang berkenaan habis dibelanjakan.

Siasatan ke atas kumpulan remaja berkenaan dimulakan pada Jumaat.

Selepas siasatan itu, polis akan mempertimbangkan pertuduhan serta tindakan undang-undang selanjutnya. -Agensi

Artikel Lain