TANGISAN seorang kanak-kanak yang meraung memanggil ayahnya mengundang sebak apabila mayat lelaki itu dibawa pulang ke rumah selepas maut dibelasah orang ramai kerana didakwa mencuri ayam laga.Video [Tonton Video] memaparkan detik pilu anak bongsu mangsa menangis berhampiran mayat bapanya turut tular di TikTok, apabila kanak-kanak perempuan itu dilihat berada di celah orang ramai sambil memanggil ayahnya yang sudah tidak bernyawa. Kejadian itu berlaku di Tabanan pada Jumaat, sebelum mayat mangsa dibawa pulang ke rumah keluarganya di Desa Sidatapa, Banjar, Buleleng, Bali di Indonesia.Ketua kampung Desa Sidatapa, I Made Sutama mengakui turut tersentuh melihat keadaan keluarga mangsa ketika mayat tiba di rumah."Saya sendiri yang menjemput mayatnya. Apabila tiba di rumah dan melihat anaknya menangis teresak-esak, saya benar-benar sedih," katanya kepada detikBali.Menurutnya, mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, dengan dua daripadanya masih bersekolah iaitu di tingkatan satu dan tahun satu.Sutama turut menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang menyedihkan dan menegaskan tindakan menghakimi sendiri tidak sepatutnya berlaku walaupun seseorang disyaki melakukan jenayah."Kalau memang bersalah, laporkan kepada pihak berkuasa. Jangan bertindak sendiri sehingga meragut nyawa seseorang hanya kerana mencuri ayam."Negara kita ada undang-undang. Biarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan. Jangan sampai masyarakat berbunuhan kerana perkara seperti ini," katanya.Sementara itu, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Tabanan, Iptu Ni Luh Putu Wiwik Endrayani berkata, kejadian berlaku pukul 1.30 pagi waktu tempatan selepas mangsa didakwa ditangkap ketika cuba mencuri ayam milik seorang penduduk.Menurutnya, orang ramai berang kerana kawasan itu sering dilanda kes kehilangan ayam bertindak memukul mangsa selain membakar motosikal miliknya.Katanya, anggota polis yang tiba kira-kira pukul 2 pagi mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.Polis turut merampas beberapa barang sebagai bahan bukti termasuk seekor ayam yang dipercayai mahu dicuri, sebilah parang, sebuah beg mengandungi playar, lastik, batu dan sejumlah wang tunai.Tambah Wiwik, pasukan forensik telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Semara Ratih, Tabanan untuk tindakan lanjut. -Agensi