Kanak-kanak sepatutnya diberi peluang untuk menjalani kehidupan normal yang sesuai dengan usia mereka. -Gambar hiasan
DIPAKSA berkahwin pada usia 11 tahun merupakan salah satu detik paling hitam dalam kehidupan wanita ini.Imbas Noora, 47, zaman kanak-kanaknya tidak sama seperti orang lain apabila dia dipaksa berkahwin dengan sepupunya. Menurut wanita dari Yaman itu, suaminya berusia 35 tahun sewaktu mereka dinikahkan."Saya dipisahkan daripada ibu bapa. Saya terpaksa tinggal dengan lelaki yang langsung tiada makna dalam kehidupan saya."Saya terpaksa tinggal di rumah bapa mentua. Rumahnya cantik tapi saya ketakutan dan menangis," imbas wanita itu.Pada tahun pertama perkahwinan, Noora mengalami keguguran sebanyak dua kali.ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin kanak-kanak 11 tahun: 'Suami' akui tak mahu berpisah, sedia terima hukumanKetika berusia 15 tahun, Noora sudah memiliki tiga orang anak hasil perkongsian hidup dengan lelaki itu.Dakwa Noora, dia dan anak-anaknya turut menjadi mangsa penderaan lelaki berkenaan.Selepas sedekad menanggung derita, Noora menyertai program yang dikendalikan oleh Kesatuan Wanita Yaman bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga.Dia kemudian berjaya mendapatkan perceraian.Selepas bergelar ibu tunggal, Noora menyambung semula pelajaran dan berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai guru.Kini, dia aktif berkempen bagi memperjuangkan sekatan undang-undang terhadap perkahwinan kanak-kanak. -Agensi.