suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TikToker ditahan atas tuduhan bunuh kekasih... Dedah dipaksa tanggal pakaian depan pegawai lelaki ketika disiasat!

Brooke kini ditahan di Dubai.

SEORANG pempengaruh TikTok didakwa atas tuduhan membunuh teman lelakinya dan berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Brooke George, 23, dari United Kingdom (UK) didakwa menikam teman lelakinya dalam satu kejadian di Dubai pada 22 Jun lalu.

Difahamkan, Brooke menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan selepas mereka berkenalan melalui platform dalam talian.

Menurut kumpulan advokasi Detained in Dubai, Brooke mendakwa dia mencapai pisau untuk mempertahankan diri ketika diserang secara ganas oleh teman lelakinya. 

Detained in Dubai turut mendakwa Brooke dipaksa menanggalkan pakaian di hadapan pegawai lelaki ketika ditahan tanpa kehadiran kakitangan wanita.

Kumpulan itu menggesa supaya Brooke dibebaskan dengan ikat jamin dan kes berkenaan dikendalikan sebagai kejadian keganasan rumah tangga.

Jika disabitkan kesalahan mengikut undang undang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Brooke boleh dikenakan hukuman mati.

Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan United Kingdom mengesahkan pihaknya sedang memberikan bantuan kepada wanita warga Britain itu serta keluarganya. -Agensi

Artikel Lain