SEORANG wanita dijangka dihadapkan ke mahkamah selepas dua anak lelakinya ditemukan maut di dalam sebuah kereta.Kejadian menyayat hati melibatkan kanak-kanak berusia dua dan empat tahun itu berlaku di Carpentras pada Isnin. Berdasarkan laporan awal, wanita itu baru pulang membeli-belah bersama anak-anaknya.Dua kanak-kanak itu dipercayai masuk semula ke dalam kereta tanpa pengetahuan ibu mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga jam tertinggal dalam kereta depan rumah, kanak-kanak 4 tahun meninggal akibat strok habaKedua-dua mereka kemudian tidak dapat keluar sehingga akhirnya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.Kereta itu diletakkan di ruangan garaj kediaman mereka.Ketika kejadian, Perancis sedang berdepan gelombang haba yang teruk dengan suhu di Carpentras mencecah hampir 40 darjah Celsius.Pejabat pendakwa raya Carpentras memaklumkan teori kematian akibat cuaca panas merupakan hipotesis utama bagi punca kematian. Pihak berkuasa kemudian mengumumkan siasatan atas kesalahan membunuh tanpa niat dibuka ke atas ibu kanak-kanak berkenaan.Bedah siasat terhadap dua kanak-kanak itu akan dijalankan di Institut Forensik Nîmes dalam beberapa hari akan datang. - Agensi.