suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ada ‘kabel’ polis pukul DJ kelab malam, bengang permintaan pasang lagu ‘happy birthday’ tak dilayan

Polis sedang menyiasat kes serangan membabitkan seorang DJ kelab malam. - Foto Facebook/ Pattara Kajohnnapapong

SEORANG DJ mendakwa diserang oleh ahli jawatankuasa pemantau polis susulan pertikaian mengenai permintaan lagu hari lahir ketika bertugas di sebuah kelab malam.

Pattara Kajohnnapapong, yang lebih dikenali sebagai DJ Mud Nasa, mendakwa insiden itu berlaku pada 13 Jun lalu di sebuah kelab malam di kawasan bandar Khon Kaen, Thailand.

Menurut Pattara, dia baru berada di ruang DJ selama antara lima hingga 10 minit sebelum lelaki itu menegurnya berhubung permintaan memainkan lagu ‘happy birthday’. 

Dia mendakwa dipukul di kepala sebanyak dua kali ketika pertengkaran tersebut. 

Pattara hadir ke Balai Polis Mueang Khon Kaen untuk membuat laporan rasmi mengenai kejadian itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati anak dipukul, polis siasat kes majikan ‘belasah’ pembantu rumah

Ketika berada di balai, dia mendakwa melihat potret suspek di pintu masuk dan mengenal pasti individu itu sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Pemantauan Polis Wilayah Khon Kaen.

Jawatankuasa itu dianggotai wakil awam yang membantu memantau, memberi nasihat dan menyokong operasi polis di kawasan masing-masing.

Pattara turut memberitahu wartawan bahawa suspek meminta lagu itu dimainkan untuk seorang wanita yang sedang menyambut hari lahir di premis tersebut. 

Ketua Polis Balai Mueang Khon Kaen, Yotsawat Kaewsuebthanyanit, berkata pihak penyiasat sedang meneliti kes tersebut.

Menurutnya, polis akan mengeluarkan notis kepada suspek untuk hadir memberi keterangan sebagai sebahagian daripada siasatan dan sebarang tindakan undang-undang susulan.

Setakat ini, polis belum mengumumkan sama ada suspek akan terus kekal sebagai ahli jawatankuasa pemantau wilayah berkenaan sepanjang siasatan dijalankan. -Agensi

 

Artikel Lain