SEORANG lelaki yang menggelarkan diri sebagai pengembara masa memuat naik beberapa video kononnya dia kini hidup pada tahun 2028.Dikenali sebagai Javier, lelaki itu mendakwa dia merupakan manusia terakhir yang terselamat selepas bumi dilanda kehancuran. Dia juga mendakwa kini hidup bersendirian dan terperangkap pada tahun 2028, namun sedang berusaha mencari jalan untuk kembali ke masa sekarang.Javier mula meraih perhatian ramai selepas berkongsi video dari ‘masa depan’ menerusi aplikasi TikTok sehingga mengumpul lebih 9.5 juta pengikut.ARTIKEL BERKAITAN: Pengembara masa dakwa berlaku 4 kejadian tahun 2024, satu daripadanya kemunculan artis disangka matiJavier memuat naik beberapa video yang memaparkan jalan raya dan bangunan yang sunyi di sekitar Sepanyol tanpa kehadiran manusia.Rakaman yang dikongsikan itu didakwa dirakam di sekitar Barcelona, Madrid dan Seville.Dalam pada itu, segelintir netizen meragui kesahihan video yang dimuat naik Javier.Mereka berkata dakwaan itu tidak masuk akal kerana dia masih boleh menggunakan internet untuk memuat naik video di TikTok.Mereka turut menambah, jika benar dunia sudah musnah pada tahun 2028, Javier mungkin tidak lagi mempunyai akses kepada sambungan internet.