SEORANG wanita mendakwa diintai oleh seorang pekerja resort ketika sedang menukar pakaian di banglo inapannya.Dalam hantaran di media sosial, mangsa yang dikenali sebagai Anna berkata dia bercuti di lokasi itu bersama teman lelakinya. Jelas Anna, banglo yang diperbuat daripada buluh itu terletak di bahagian belakang resort.Ketika kejadian, teman lelakinya sedang mandi di bilik air manakala Anna pula berbogel selepas membuka pakaian.Anna mendakwa ternampak sepasang mata memandangnya melalui celah dinding buluh, menyebabkan dia menjerit ketakutan.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tingkatan 3 rakam ibu saudara mandi, adik perempuan pun pernah jadi mangsa - “Aku jaga dia dari kecil”Jeritan itu juga mengejutkan teman lelakinya sebelum mereka bergegas keluar untuk mengenal pasti individu berkenaan.Menurut Anna, dia percaya lelaki tersebut berkemungkinan merupakan warga asing yang bekerja di resort tersebut.Pasangan itu membuat laporan kepada pihak polis dan juga pemilik resort. Pemilik resort mencadangkan mereka berpindah ke unit lain, namun Anna menolak tawaran berkenaan.Anna mendedahkan kejadian di resort yang terletak di Koh Lipe, Satun, Thailand itu menerusi TikTok pada 28 Mac lalu. - Agensi.