suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi pesta Songkran... Pelajar universiti patah 3 gigi, alami pendarahan otak selepas dibaling botol arak

Mangsa merupakan pelajar sebuah universiti di Thailand.

SEORANG pelajar universiti mengalami cedera parah selepas dibaling botol arak dalam insiden pergaduhan semasa sambutan pesta Songkran pada 14 April.

Malangnya mangsa tidak terlibat dalam pergaduhan itu, sebaliknya diserang ketika sedang berjalan selepas keluar bersama rakan untuk meraikan festival berkenaan.

Ibu mangsa, Kie, 51, membuat laporan di Balai Polis Mueang, Udon Thani, Thailand pada 16 April dan memohon siasatan dijalankan terhadap insiden itu.

Pemeriksaan doktor mendapati gadis berusia 21 tahun itu mengalami patah tiga batang gigi serta bengkak teruk pada muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangkok umpama 'bandar hantu' menjelang Songkran

Mangsa yang juga pelajar tahun tiga Universiti Mae Fah Luang turut mengalami pembengkakan otak dan sedikit pendarahan dalam kepala. 

Menurut doktor lagi, mangsa juga akan menjalani pembedahan rahang serta rawatan pergigian lanjut.

Rakan mangsa memaklumkan kejadian berlaku apabila dua kumpulan remaja bergaduh sebelum botol kaca dilempar dan terkena mangsa.

Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam pergaduhan serta pelaku yang membaling botol untuk tindakan lanjut. -Agensi

Artikel Lain