suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh hari hanyut di laut, pemuda makan ketam mentah untuk terus hidup

Mangsa diselamatkan nelayan selepas tujuh hari hanyut di lautan.

SEORANG lelaki terselamat selepas tujuh hari hanyut di laut dalam. 

Kisah lelaki dikenali sebagai Qin itu luar biasa apabila dia hanya makan ketam mentah untuk terus bertahan hidup.

Qin diselamatkan oleh dua nelayan dari daerah Chengmai di wilayah Hainan, selatan China pada awal Jun selepas melalui pengalaman ngeri terapung di lautan, lapor South China Morning Post.

Menurut Qin, 39, yang berasal dari wilayah Guangxi Zhuang, kejadian itu bermula pada 27 Mei lalu ketika dia sedang berjalan di pantai di Haikou sebelum dihanyutkan ombak besar ke tengah laut.

Apabila dihanyutkan ke perairan yang lebih dalam, Qin tidak dapat meminta bantuan kerana telefon bimbitnya hilang.

Bagi mengurangkan beban ketika terapung, dia menanggalkan seluar, kasut, jam tangan dan cincin yang dipakainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki umur 21 tahun mati lemas dalam kolam renang, saksi nampak mangsa tenggelam

Keesokan harinya, Qin menemui sebuah boya dan memanjatnya sebelum bertahan di situ sehingga diselamatkan.

Pada hari ketiga, dia menyedari dirinya berada di Selat Qiongzhou yang memisahkan Semenanjung Leizhou di wilayah Guangdong dan pulau Hainan selepas melihat banyak feri melalui kawasan itu. 

Dua hari berikutnya merupakan tempoh paling sukar buat Qin.

Akibat kelaparan melampau, dia terpaksa memakan kira-kira 80 ekor ketam kecil mentah untuk meneruskan hidup. 

Pada hari ketujuh, Qin akhirnya ditemui oleh dua nelayan, Zheng Shizhong dan Fu Tingsan.

Menurut doktor di Hospital Rakyat Daerah Chengmai, Qin kini dipindahkan ke wad biasa selepas dirawat di unit rawatan rapi dan keadaannya dilaporkan stabil.

Doktor itu berkata, Qin mengalami dehidrasi teruk ketika dibawa ke hospital selain mengalami kerosakan kulit serius di beberapa bahagian badan.

Kisah Qin mendapat perhatian meluas di media sosial dengan ramai netizen memuji semangat juangnya untuk terus hidup. 

 

Artikel Lain