POLIS trafik berjaya mengesan dan mengenakan denda terhadap seorang lelaki berusia 75 tahun selepas rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan dia menunggang skuter elektrik tiga roda di tengah kesesakan lalu lintas tular di media sosial.Rakaman yang pertama kali dikongsikan pada 10 Jun oleh Kapook itu menunjukkan warga emas berkenaan menunggang perlahan di tengah jalan di persimpangan lima hala Lat Phrao, Thailand. Dia dilihat memakai cermin mata hitam gelap, manakala skuter elektrik berkenaan dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.Rata rata pengguna media sosial meluahkan kebimbangan selepas menonton video tular berkenaan.Pada Rabu, polis trafik Viphawadi berjaya mengesan lelaki berkenaan sebelum membawanya untuk dikenakan denda serta diberikan penjelasan mengenai undang-undang. Menurut polis, skuter elektrik, sesetengah basikal elektrik, motosikal elektrik tiga roda dan bagasi bermotor tidak dibenarkan digunakan di jalan raya awam di Thailand.Tambah polis, kenderaan tersebut tidak memenuhi syarat undang-undang lalu lintas dan boleh membahayakan penunggang serta pengguna jalan raya lain. -Agensi.