suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kulit sejuk kekuningan tepi kolam bersalin... Paramedik cerita situasi ‘influencer’ makanan ditemukan maut di rumah

Wanita yang bersalin sendiri di rumah berdepan dengan pelbagai risiko. -Gambar hiasan

SEORANG pempengaruh dilaporkan meninggal dunia selepas dia sendiri berkeras untuk tidak dihantar ke hospital walaupun mengalami pendarahan teruk semasa melahirkan bayi di rumahnya.

Prosiding inkues berhubung kematian pempengaruh makanan dari Australia yang dikenali sebagai Stacey Hatfield, 30, itu berlangsung di Melbourne pada minggu ini, lapor Sydney Hareld.

Berdasarkan fakta kes, dia meninggal dunia pada 29 September 2025, beberapa jam selepas melahirkan anak lelakinya, Axel, tanpa sebarang bantuan daripada bidan atau jururawat.

Mahkamah turut diperdengarkan rakaman panggilan kecemasan selama 12 minit yang dibuat pada hari Hatfield meninggal dunia, serta keterangan daripada seorang doula, Emily Lal.

Suami Hatfield, Nathan Warnecke, turut memberikan kenyataan kepada mahkamah dengan menjelaskan isterinya bertegas mahu melahirkan anak tanpa sebarang campur tangan perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua wanita Rohingya nak bersalin, suami cuma ada RM1,000... Saksi tabik kesabaran petugas hospital layan drama

Sewaktu inkues, mahkamah dimaklumkan Hatfield menolak cadangan untuk mendapatkan bantuan walaupun dipujuk dua kali, namun keadaannya semakin merosot dan dia akhirnya bersetuju selepas tawaran ketiga.

Apabila paramedik tiba di lokasi, kulit Hatfield dilaporkan sejuk dan kekuningan. 

Dia terbaring di lantai dalam bilik gelap, di antara sofa dan kolam bersalin, serta berada dalam keadaan sangat gelisah, menurut Sydney Herald.

Dia mengalami pendarahan besar secara tiba-tiba, yang mencetuskan kecemasan obstetrik serius, menurut inkues koroner.

Punca kematiannya kemudian disahkan sebagai pendarahan selepas bersalin dalam konteks kelahiran di rumah. -Agensi

Artikel Lain