SEORANG lelaki yang kudung kedua-dua kakinya dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.Abdul Rahim Sa’ad, 66, yang menggunakan kerusi roda kerana kedua-dua kakinya dipotong di bawah paras lutut melakukan jenayah itu antara tahun 2020 dan 2023. Dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan serangan seksual secara penembusan.Sebanyak 14 lagi pertuduhan bagi kesalahan serupa terhadap mangsa yang sama turut diambil kira semasa mahkamah menetapkan hukuman.Mereka mula berkenalan pada April 2020 selepas kanak-kanak lelaki itu berjalan di hadapan rumah kakak Rahim.Pada 29 April 2020, kanak-kanak lelaki itu mengunjungi Rahim dan meminta sebatang rokok daripadanya.Rahim meminta mangsa menunjukkan seluar dalam dan kemaluannya sebelum membenarkannya mengambil gambar.ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh mengaku tak bersalah rogol remaja umur 14 tahunKanak-kanak itu bersetuju dan menerima wang tunai serta sebatang rokok kerana membenarkan Rahim mengambil gambarnya.Selepas kejadian itu, mangsa sekali-sekala meminta rokok dan wang tunai yang akan disediakan oleh Rahim sebagai pertukaran untuk mendapatkan seks.Apabila Rahim meminta untuk melakukan aksi seks ke atas kanak-kanak itu, mangsa mencadangkan mereka pergi ke tandas orang kurang upaya (OKU) di pusat komuniti berhampiran.Selepas perbuatan itu, Rahim akan membeli rokok untuk kanak-kanak itu dan kadang-kala memberinya wang tunai.Rahim ditahan pada 4 Januari 2024, selepas anak saudaranya membuat laporan polis yang mendakwa dia mendapatkan perkhidmatan seksual daripada kanak-kanak lelaki.Pada Jumaat, Timbalan Pendakwa Raya Jiang Ke Yue memohon hukuman penjara 14 hingga 17 tahun dan tambahan empat hingga lima bulan penjara sebagai ganti hukuman sebat.Peguambela, Chooi Jing Yen pula meminta hukuman penjara tidak lebih 11 tahun atas alasan keadaan perubatan yang dialami Rahim, termasuk kegagalan jantung dan diabetes.Mahkamah di Singapura itu akhirnya menjatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan 11 bulan ke atas lelaki berkenaan. - The Star.