suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebar video aib wanita di Facebook, Instagram... Influencer lelaki didenda RM62,000, akaun media sosial digantung

Penyebaran video aib boleh menyebabkan mangsa hidup tertekan. -Gambar hiasan AI

SEORANG pempengaruh didenda selepas didapati berulang kali memuat naik video aib seorang wanita walaupun mangsa sudah beberapa kali meminta kandungan itu dipadam.

Sherif Elbishlawi, yang dikenali sebagai @vibr0phone, dikenakan denda 20,000 dolar Kanada (RM62,000) susulan keputusan Tribunal Penyelesaian Sivil British Columbia di Kanada.

Dia mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram dan dikenali dengan kandungan video yang memaparkan dirinya mengangkat wanita menggunakan kekuatan lengan sehingga bahagian punggung mereka terdedah kepada kamera.

Menurut laporan Castanet, wanita yang hanya dikenali sebagai Z.D. itu bertemu Elbishlawi di luar sebuah kelab malam dan pada mulanya bersetuju untuk diangkat bagi rakaman video.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam bulan bertahan didera keluarga mentua, influencer ditemukan sudah tidak bernyawa

Bagaimanapun, wanita itu kemudiannya meminta supaya video berkenaan tidak dimuat naik kerana dia berada dalam keadaan mabuk ketika rakaman dibuat.

Wanita itu mendakwa Elbishlawi mengabaikan permintaannya untuk memadam video tersebut, malah hanya bersetuju berbuat demikian jika mereka bertemu secara bersemuka.

Meta kemudian menurunkan video berkenaan serta menggantung akaun Facebook dan Instagram milik Elbishlawi.

Namun, pempengaruh itu didakwa membuka akaun baharu sebelum memuat naik semula video sama.

Tribunal akhirnya mengarahkan Elbishlawi membayar pampasan kepada mangsa atas penderitaan emosi serta ganti rugi tambahan atas tindakannya itu. - Agensi.

Artikel Lain