SEORANG eksekutif kanan kewangan sebuah masjid didakwa menyalahgunakan lebih S$14,000 (RM44,000) daripada wang yang disumbangkan orang ramai.Mohamed Muhaimin Mohamed Sulaiman, 42, didakwa di mahkamah pada Rabu atas satu pertuduhan pecah amanah jenayah. Dia didakwa melakukan kesalahan itu sekurang-kurangnya 15 kali antara 6 Februari hingga 15 Mei lalu.Kes tersebut berlaku di Masjid Al-Mawaddah di Compassvale Bow, Sengkang, Singapura.Dalam satu kenyataan pada Selasa, polis berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan pada 16 Mei.Muhaimin dibebaskan dengan ikat jamin S$10,000 (RM32,000) dan kes itu akan disebut semula pada 16 September ini.Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda. -Agensi.