suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kehormatan budak 12 tahun dirobek, jiran gersang umpan guna alasan tahayul!

Kebanyakan mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menerusi taktik penipuan mistik.

Menurut Pihak Berkuasa Pendakwaan Kebangsaan Zimbabwe (NPAZ), kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Makokoba pada 2 Ogos lalu.

Sebelum kejadian, mangsa yang masih di bawah umur itu diarahkan oleh neneknya untuk pergi ke sebuah kedai berhampiran rumah mereka.

Ketika dalam perjalanan, mangsa dihampiri lelaki berusia 39 tahun itu yang bertindak menakut-nakutkannya dengan cerita mistik berkaitan kewujudan roh-roh jahat.

Pelaku yang juga jiran mangsa memberitahu terdapat roh-roh yang menjadi punca prestasi akademik kanak-kanak itu semakin merosot.

Mahkamah dimaklumkan lelaki itu kemudiannya mengarahkan mangsa masuk ke rumahnya dan membasuh muka sebanyak tiga kali bagi menghilangkan nasib malang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita OKU didakwa dirogol sekumpulan lelaki Rohingya! Polis gempur penempatan warga asing buru suspek

Dia juga mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian sebelum merogolnya, dengan mendakwa hubungan seks diperlukan untuk menghalau roh-roh jahat.

Selepas kejadian itu, dia memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa kerana ia boleh membatalkan proses pemulihan tersebut.

Pada hari berikutnya, mangsa mengalami kesukaran untuk tidur sebelum akhirnya meluahkan perkara itu kepada neneknya.

Perkara itu dilaporkan kepada pihak polis, yang membawa kepada penahanan dan seterusnya sabitan kesalahan terhadap lelaki tersebut.

Mahkamah Tredgold menjatuhi hukuman penjara 17 tahun ke atas tertuduh. -Agensi

Artikel Lain