SEORANG pemuda dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah merogol seorang wanita berusia 70-an.Tertuduh, Fazli Qadeer, 25, merupakan seorang pelajar yang melakukan kerja sambilan sebagai penjaga warga emas. Berasal dari Pakistan, Qadeer yang menggunakan visa pelajar melakukan kesalahan itu ketika berada di United Kingdom (UK).Qadeer melakukan serangan tersebut pada Ogos 2025 selepas mendapati mangsa bersendirian tanpa ahli keluarganya di rumah.Mangsa disifatkan sebagai ‘amat rentan’ ketika prosiding di Mahkamah Jenayah Bristol pada 18 September.Mangsa turut menceritakan kesan serangan tersebut terhadap kehidupannya.Mangsa mengalami ‘mimpi ngeri yang teruk’ sejak kejadian itu dan tidak dapat tidur dengan lena.Warga emas itu turut diberikan ubat diazepam bagi mengurangkan tekanan yang dialaminya.Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri United Kingdom juga dijangka menilai semula status imigresen Qadeer selepas dia selesai menjalani hukuman. -Agensi