MUNGKIN ada sesetengah individu yang telah memasuki usia 50-an sudah tidak larat untuk melakukan aktiviti mencabar dan hanya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.
Namun, lain pula ceritanya bagi pelakon dan penerbit Sheila Rusly yang mana masih lagi mampu melancong ke luar negara bersama rakan-rakan meskipun usia sudah mencecah 54 tahun.
Kata Sheila, dia berpegang prinsip selagi dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik, dia mahu meluangkan masa menikmati kehidupan.
“Pengurusan masa sangat penting. Bagi saya yang sekarang ini sibuk, keutamaan saya ialah keluarga terlebih dahulu. Jadi, apabila Elisya (menantu) sudah habis berpantang, saya mahu luangkan masa untuk saya pula.
“Umur saya sudah 54. Takkanlah mahu duduk rumah sahaja. Kita tidak tahu bila Allah akan jemput kita, jadi selagi diberikan rezeki dan kesihatan. Kita kena nikmati hidup sepenuhnya,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI