JARANG bercakap tentang soal peribadi, pelakon Chacha Maembong tidak lagi berselindung hatinya sudah dimiliki.
Chacha atau Siti Aishah Ismail, 29, bagaimanapun enggan mengulas kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini dengan jejaka tersebut.
Sebaliknya kata Chacha cukup sekadar orang tahu hatinya sudah dimiliki dan enggan terlalu terbuka berkongsi kisah peribadinya kepada umum.
“Bagi menjawab persoalan betul ke saya bakal kahwin tahun ini, ya memang hati saya sudah dimiliki tapi soal kahwin itu biarlah saya sahaja yang tahu.
“Bukannya apa sebelum ini saya terlalu terbuka bercerita soal peribadi tetapi akhirnya tak jadi, saya tak mahulah dikatakan asyik jaja kisah nak kahwin, hujung-hujung tak jadi juga.
"Saya juga malu nanti dan nak kena menjawab tetapi kalau betul saya nak kahwin, saya akan beritahu semua media," katanya kepada mStar.
Sementara itu, Chacha sempat berkongsi hubungan mereka sudah direstui malah jejaka tersebut sudah bertemu dengan keluarganya sebelum ini.
“Apa yang boleh saya katakan, keluarga sudah bertemu dengannya, setakat ini saya tengok mereka tiada masalah dengannya," ujarnya.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI