suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Marc Syahmie kini bebas kanser testis, mahu aktif berlakon semula

SETELAH dua tahun menderita kanser testis, pelakon dan model Marc Syahmie akhirnya boleh menarik nafas lega apabila doktor mengesahkan dia kini bebas daripada penyakit tersebut.

Kata Syahmie atau nama sebenarnya Ahmad Syahmie Mahayudin, 26, berita gembira tersebut diketahuinya pada Mac lalu selepas membuat pemeriksaan kesihatan. 

“Alhamdulilah keadaan saya sekarang semakin baik selepas membuat rawatan susulan setiap bulan. Dua bulan lalu (Mac) merupakan kali terakhir buat pemeriksaan kerana doktor mengesahkan saya normal (bacaan kanser bacaan darah) dan boleh lakukan aktiviti macam biasa.

“Semasa doktor beritahu itu, memang sangat gembira malah saya sempat berfikir nak lakukan macam-macam perkara sebab ingatkan ambil masa lama untuk pulih,” katanya kepada mStar.

Susulan itu, Syahmie yang ditemui semasa pelancaran EE Clinik di Jalan Ampang, Kuala Lumpur meluahkan rasa syukur apabila dia kini dapat kembali aktif dalam kerjaya lakonannya. 

“Selepas sudah makin sihat ini, saya dapat beberapa peluang kembali berlakon dan menjadi model. Malah sudah maklumkan kepada semua yang saya sudah sihat serta boleh bekerja balik,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi