BUKAN hanya keperluan zahir tidak dijaga, enggan memenuhi tuntutan batin antara menyebabkan pengasas program Imam Muda Datuk Tuan Asmawi Tuan Umur bersetuju bercerai dengan pelakon Farisya Irwayu.
Mengakui hanya merasai nikmat berumah tangga pada awal perkahwinan, Tuan Asmawi berkata perkara itu juga membuatkan dia mengambil keputusan untuk berpoligami.
Bagaimanapun dia perlu merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan Farisya kerana ingin menjaga hati bekas isterinya itu.
“Saya tidak beritahu (kahwin baru) sebab saya masih nak jaga hati. Kalau wujudnya istilah kahwin seorang sahaja, sudah tentu saya ‘buang’ dia daripada dulu lagi. Tetapi saya memang sudah niat untuk menjaga dia.
“Sekarang ini masalahnya adalah daripada keperluan batin. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, penghujung bagi cinta itu adalah berkaitan urusan di dalam bilik.
“Misal kata kalau dia beri kepuasan batin, makan minum saya boleh uruskan sendiri namun sekarang ini semuanya tiada,” katanya kepada mStar.
Menurut Islam, haram hukumnya bagi setiap isteri yang enggan melayan keperluan suami terutama nafkah batin kerana ia adalah antara keperluan dalam berumah tangga.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI