suria

11 tahun pegang status duda, Zain (Ruffedge) tak tolak kembali berkahwin... “Kita manusia ada keinginan”

SELEPAS 11 tahun menduda, penyanyi Zain Hamid akhinya memberi bayangan bakal kembali mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Zain atau Muhammad Kamaruzaman Zain Abdul Hamid, 47 berkata buat masa ini dia belum bersedia mendedahkan hubungannya ini kepada umum dan lebih selesa sekiranya diketahui oleh orang terdekat saja.

“Saya memang terbuka untuk berkahwin lagi malah setiap tahun ada perasan tu, tapi kalau ada jodoh dan rezeki Insya-Allah… tengok la nanti tiba-tiba saja sudah menikah.

“Saya manusia biasa memang ada keinginan untuk berpasangan, tapi kalau ada nanti anda akan tahu juga sebab sekarang ni ya sudah ada pasangan.

“Tapi biarlah segala rahsia tu semua dalam hati saya dan buat masa ini tiada siapa yang tahu lagi cuma saya dan dia (pasangan) saja yang tahu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi