suria

Asalkan kerjaya halal… Trisha Ooi tak layan DMA Islam hina ‘course’ mass comm, teater dan muzik

PELAKON Trisha Ooi menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh personaliti media sosial iaitu DMA Islam sebagai tidak menghormati penggiat anak seni negara. 

Bagaimanapun Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, enggan mengambil serius tentang isu berkenaan kerana baginya adalah lebih baik untuk menghargai peminat yang sentiasa memberikan sokongan. 

“Dia tidak menghormati (penggiat seni). Ini merupakan kerjaya kami dan ini adalah rezeki, periuk nasi kami. Bagi saya, asalkan pekerjaan itu halal, beri manfaat kepada orang ramai, itu sudah memadai. 

“Semestinya saya sedih bila dengar apabila orang kita (Malaysia) cakap macam itu. Namun, saya tak terlalu fokus kepada negatif, dan adalah lebih baik saya fokus kepada orang menghargai kita,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi