suria

Azan Scan tak boleh terkejut atau marah, kawal pemakanan untuk kesihatan jantung

PENYANYI Azan Scan memberitahu tahap kesihatannya semakin pulih selepas dilaporkan mengalami serangan jantung pada Julai tahun lalu.

Bersyukur kesihatan semakin baik, Azan atau Noorhazan Rashid, 53, bagaimanapun berkata dia perlu menjaga pemakanan malah perlu mengawal emosi supaya tidak menganggu proses pemulihan jantungnya itu.

“Alhamdulilah selepas melakukan rawatan angiogram tahun lalu sehingga sekarang tiada lagi simptom-simptom yang membahayakan kesihatan saya.

“Sekarang ni saya jaga makan, tak boleh makan berlebihan dan selepas buat rawatan tu baru sedar yang saya tak boleh marah serta terkejut sebab kalau marah jantung serta darah jadi laju.

“Buat masa ni memang saya akan tenang saja,” katanya kepada mstar.

Sementara itu, Azan memberitahu dia kini bergantung harap pada pengambilan ubat setiap hari selepas melakukan  rawatan angiogram sekitar Julai tahun lalu.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi