suria

Tyga berhabis beli rantai berlian RM300,000 bukti cinta terhadap Avril Lavigne

Avril bertuah menjadi kekasih Tyga.

PENYANYI rap Tyga menghadiahkan teman wanitanya, Avril Lavigne seutas rantai berlian yang bernilai AS$80,000 (RM358,840) sebagai tanda perhubungan cinta mereka semakin serius.

Penyanyi lagu My Happy Ending itu dilihat memakai rantai loket berkenaan sewaktu berada di Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Khamis.

Memetik laporan Mirror UK, seorang tukang emas yang dikenali sebagai Eric Mavani mendedahkan Tyga memintanya untuk mereka seutas rantai berlian untuk Avril.

avril1 - 1

Kalung berlian yang direka khas buat Avril.

Kalung yang direka khas itu mempunyai sebanyak 50 karat berlian putih, berlian hitam dan nilam merah jambu.

Kata Eric, Tyga menghubunginya tiga minggu lalu untuk menempah rekaan sebelum pasangan itu mengumumkan percintaan mereka secara rasmi.

Kalung tersebut turut memaparkan nama Avril dengan rekaan berbentuk tengkorak bersama ukiran di bahagian belakang yang bertulis Made for Avril Lavigne (dibuat untuk Avril Lavigne).

ARTIKEL BERKAITAN: Tyga mengaku jadi orang ketiga, umum sedang bercinta dengan Avril Lavigne

ARTIKEL BERKAITAN: Avril Lavigne putus tunang, orang ketiga dipercayai punca hubungan berakhir

Pada awal Mac lalu, Tyga dan Avril dilihat hadir bersama di acara Minggu Fesyen Paris dan gambar mereka bercium di sebuah acara turut menjadi bualan ramai.

Kedua-dua selebriti itu seakan mengesahkan hubungan cinta antara mereka meskipun belum genap sebulan Avril mengumumkan putus tunang dengan Mod Sun.

Pada 23 Februari, wakil kepada Avril mengesahkan hubungan penyanyi itu dengan Mod Sun berakhir selepas 10 bulan bertunang.

Perpisahan mereka dikatakan berpunca daripada Avril yang mempunyai hubungan bersama Tyga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain