suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raffi Ahmad dituduh curang, kantoi tengah video call dengan bekas pekerja dalam bilik

Wanita yang dikaitkan dengan Raffi Ahmad.

DISAAT sedang seronok bercuti bersama keluarga, nama pelakon Raffi Ahmad menjadi sebutan netizen tentang hubungannya bersama seorang wanita.

Intipseleb melaporkan, Raffi dikatakan menjalinkan hubungan bersama seorang wanita dikenali sebagai Mimi Bayuh.

Khabar angin tersebut mula tersebar apabila Raffi dilihat sedang membuat panggilan video bersama wanita berkenaan.

641696c16499b-raffi-ahmad-dan-mami-bayuh_663_372

Raffi Ahmad dikatakan curang dengan wanita bernama Mimi Bayuh.

Menerusi video yang tular, Raffi ketika itu memakai baju berwarna hitam dan memegang telefon bimbit sambil sedang membuat panggilan video.

Berdasarkan panggilan tersebut memaparkan seorang wanita bertudung yang memakai pelitup muka sambil memegang anak kecil.

Kejadian itu membuatkan netizen mula mensyaki bahawa Raffi berlaku curang memandangkan aktor tersebut mahu duduk bila seorang diri di dalam bilik sambil melakukan panggilan video bersama wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dilihat bersama, Raffi Ahmad dituduh curang dengan model

ARTIKEL BERKAITAN: Macam naik kereta... Raffi Ahmad hadir perkahwinan anak Jokowi guna jet peribadi

Menurut sumber, Mimi Bayuh sebelum merupakan salah seorang pekerja Raffi malah mereka berdua pernah dilihat berduaan di sebuah pesawat.

Untuk rekod, Raffi telah berkahwin dengan Nagita Salvina sejak 2014.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rafathar Malik Ahmad dan Rayyanza Malik Ahmad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain