suria

Se7en dan Lee Dang Hae umum kahwin Mei ini selepas 8 tahun menyulam cinta

Se7en dan Lee Da Hae teruja memulakan fasa hidup baharu.

SELEPAS lapan tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan pelakon Se7en dan Lee Da Hae mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 8 Mei depan.

Berkongsi khabar gembira tersebut, kedua-duanya menulis nota istimewa buat peminat yang dimuat naik di laman Instagram mereka pada Isnin.

"Saya akan berkahwin dengan kekasih saya pada 8 Mei ini. Dia sentiasa ada bersama saya dalam waktu sukar dan senang. Dia sentiasa menerima kekurangan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki bakal kahwin lagi, sudah daftar pernikahan dengan wanita Inggeris

"Mulai sekarang akan lebih bertanggungjawab kerana bakal bergelar suami dan menjadi ketua keluarga," tulis Se7en.

Sementara itu bagi Lee Da Hae pula memberitahu meskipun bakal bergelar isteri dia lebih selesa untuk menggelarkan bakal suaminya itu sebagai teman lelaki.

"Saya akan terus panggil dia sebagai teman lelaki. Tetapi saya akan jadi isteri yang memberi sokongan. Dia lelaki yang sentiasa ada bersama saya dan tempat saya bergantung. Dia akan menjadi pasangan saya selamanya.

"Kami akan menjadi lebih bahagia dengan restu peminat semua," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain